THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 4, 2012

Sebuah Pertemuan Diakhiri Perpisahan

Pada tanggal 26/04/2012,
Perasaan hiba dalam diri semakin membuak-buak mahu keluar tetapi Yana kena tahan kerana mahu kawan sebilik yana pergi menuju cita-cita mereka tanpa ada secalit kebimbangan dalam hati mereka...


Kediaman Sri Kuantan 2,
Tingkat 1,  
Bilik 21,
Pelbagai memori telah tersimpan rapi,
4 orang sahabat,
berkongsi suka dan duka,
adakalanya pernah berselisih faham,
dan menyimpan pelbagai rahsia.




Tapi satu tahun hanya lah sekejap,
Masa amat mencemburui kita berempat,
Saat perpisahan semakin menghampiri,
Mahu sahaja masa diberhentikan moga kita akan terus bersama,
tapi apakah daya segala telah tertulis...
bahawa saat kita bersama sampai disini sahaja








Walaupu begitu persahabatan ini akan terus dijaga
dan segala memori akan dikenang sehingga akhir usia
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan yang baik kepada HambaNYA ini
semoga ada lagi pertemuan selepas perpisahan ini






Sebuah pertemuan yang indah





Dan Perpisahan yang perlu DITELAN






Dan Pesanan buat SAHABATKU
Di suatu masa kita pasti akan bertemu semula
walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas
atau kematian
Pertemuan tidak semestinya di dunia tapi pertemuan juga
mungkin ada semasa hari kita diperhintungkan dihadapanNYA






Wassalam dari sahabat mu
kenangan 2011/2012 di Kolej Matrikulasi Pahang

Apakah erti SYUKUR sebenarnya????

Salam sejahtera, semoga sihat semuanya. Yana sudah lama tidak update info dalam blog nie kerana kekangan-kekangan yang sukar untuk dielakkan. Hari Ibu bakal menjelang, Yana ingin berkongsi pasal sifat SYUKUR yang perlu ada dalam diri kita sebagai hambaNYA.
Tetapi apakah erti SYUKUR yang selayaknya kita perlu ada???








Syukur ialah rasa terima kasih, mengakui dan memuji Allah SWT atas nikmat yang diberi dan menggunakan nikmat yang diperolehi itu bagi mentaati Allah dan menjauhi perbuatan maksiat serta berbuat kebajikan sesama manusia.


Menurut Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, syukur itu tersusun daripada tiga perkara iaitu ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmunya ialah dengan menyedari bahawa nikmat yang diperolehinya itu semata-mata dari Allah yang Maha Pemberi nikmat. Keadaannya ialah menyatakan kegembiraan yang timbul dengan sebab memperolehi nikmat tersebut, manakala amalannya ialah menunaikan sesuatu yang sudah pasti menjadi tujuan serta dicintai dan diredhai oleh Allah SWT.




Sesungguhnya seseorang itu belum dinamakan bersyukur kepada Allah, melainkan apabila nikmat yang diperolehinya digunakan untuk keredhaan Allah SWT. Nikmat yang digunakan bukanlah semata-mata manfaat untuk Allah tetapi untuk manfaat hamba-hamba-Nya jua. 


Al-Junaid berkata: “Ketika saya baru berusia 7 tahun hadir dalam majlis Assariyussaqathi, tiba-tiba saya ditanya: Apakah erti syukur? Jawabku: “Syukur ialah tidak menggunakan satu nikmat yang diberi Allah untuk perbuatan maksiat. Assary berkata: “Saya khuatir kalau bahagianmu dari kurnia Allah hanya dalam lidahmu belaka. Berkata al-Junaid: “maka kerana kalimat yang dikeluarkan oleh Assary itu saya selalu menangis, khuatir kalau benar apa yang dikatakan oleh Assary itu.”




Syukur mestilah merasa di dalam hati, menyebut dengan lidah dan mengerjakan dengan anggota badan. Tidak memadai jika syukur dengan sekadar mengucap kalimat ‘Alhamdulillah’, sedangkan perbuatannya sedikit pun tidak menggambarkan rasa bersyukur.




Oleh itu, lahirkanlah syukur dengan tindakan, iaitu menggunakan nikmat pemberian Allah dengan cara yang diredhai.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu berfiman: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)




Hari Ibu yang bakal menjelang eloklah kita panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana telah dilahirkan daripada rahim ibu kita yang kita miliki sekarang. Kembangkan rasa syukur itu dengan berbakti pada Ibu sebelum ALLAH mengambil Ibu kita kembali kepadaNYA.




Wassalam, dan diucapkan terima kasih kepada Ukthi Amirah Saffiyyah kerana memberi Yana berkongsi info yang bermakna ini dalam Blog WARNA-WARNA KEHIDUPAN. >_<