THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 27, 2012

DuGaAn DeMi DuGaAn

Dugaan...... Semua manusia mempunyai dugaan yang tersendiri. ALLAH memberi dugaan pada kita mengikut kekuatan diri kita, jangan selalu ingat dugaan itu menyusahkan diri kita.
 Dugaan boleh membentuk diri kita supaya lebih matang atau lebih mendalami diri kita. Kadang- kadang manusia selalu mudah terleka dengan dunia sehingga melupakan ALLAH S.W.T , melalui dugaan juga kita kembali ingat pada ALLAH yang sentiasa bersama kita ketika kita terleka atau tersedar. ALLAH maha Penyayang kerana dugaan yang diduga kepada kita tidak terlalu lama dan ia kadang kala berakhir dengan ALLAH berikan hikmah dan rezeki yang banyak.


Dugaan juga menjadikan hati kita semakin kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan yang melanda dalam kehidupan kita seharian. Apabila dugaan melanda diri kita ingat lah ALLAH sentiasa bersama kita dan kasih Rasulullah s.a.w sering melimpahkan ia kepada kita,


Semakin banyak dugaan yang datang, semakin dekat diri kita kepada ALLAH. Ingatlah setiap kali kita menitiskan air mata kerana takut kepada ALLAH dan sayangnya kita  kepadaNYA, dosa kita insyaallah akan terhapus.



Pengisian yana yang ringkas ini dapat memberi sedikit impak kepada ilmu sekalian. Insyaallah, jika ada ruang yana akan menambahkan segala pengetahuan yang ada Insyaallah....>_<

Tuesday, January 24, 2012

PeRsAhAbAtAN: Bagaimanakah cara menjaga hubungan???

Salam Sejahtera, sudah lama rasanya yana tidak berbicara dalam ruangan blog yana nie. Kali nie yana terpanggil untuk berbicara mengenai Persahabatan.
Ustaz yana pernah berkata: manusia memerlukan sahabat dalam kehidupan nya tidak kira sama ada ianya hanyalah kawan biasa atau kawan baik.
Bolehkah kita mengenal pasti kawan baik dan kawan biasa??
-Kita sebagai manusia yang lemah tidak mempunyai kuasa yang boleh menetukan kawan baik secara mendadak. Kawan baik hanya boleh dirasai oleh hati kedua-2 insan. Dan ianya tidak terjadi secara tiba-2 sebaliknya terjadi secara semula jadi seperti mana yang ditetapkan oleh ALLAH.
-Boleh kira kawan baik ada dikalangan orang yang kita benci atau kita anggap musuh. Segala ketentuan ALLAH telah tetap kan untuk kita. Kita sebagai seorang hamba tidak boleh membenci antara satu sama lain kerana segala nya yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri yang telah ALLAH S.W.T tetap kan untuk kita.



Jika kita sudah menemui sahabat yang boleh membawa kita ke jalan ALLAH S.W.T dan serasi dengan kita. Perhubungan itu yang perlu kita jaga kerana Syaitan tidak akan berdiam diri anak cucu Nabi Adam bersaudara dengan sewenang-wenangnya, pasti ada gelora yang akan meranapkan perhubungan itu. Yana berkongsi pengalaman Yana sendiri untuk menjaga PeRsAhAbAtAn:
  1. Kepercayaan yang Tinggi
  2. Memahami sahabat dalam pelbagai situasi
  3. Tidak mudah Terasa hati dengan rakan
  4. Jangan mengungkitkan isu-isu yang sensitif
  5. Sentiasa membantu rakan yang mengalami kesulitan
  6. Jangan mengungkit kebaikan yang telah diberi.
  7. Melayan rakan yang ada dengan adil dan saksama.
  8. Jangan mudah menjatuhkan hukum apabila sahabat melakukan kesalahan.
  9. Berikan kata-kata motivasi yang boleh merangsang kejayaan rakan.
  10. Bercakaplah dengan nada-2 yang berhemah
  11. Gunakan panggilan yang baik.
  12.   Hargailah masa-2 yang terindah dalam hidupnya
 Jika belakunya perselisihan faham diantara sahabat, dibawah ini Yana sertakan cara-2 mengambil hati rakan yang terluka:

  1. Biarkan kemarahannya reda dahulu
  2. Meminta maaf atas kesalahan atau menerangkan apa yang terjadi
  3. Melakukan rundingan secara face to face  untuk memberi keselesaan kepada rakan
  4.  Tidak menceritakan keburukan rakan pada rakan yang lain
  5. Sabar melayani hati rakan yang terluka
  6. Berusaha mengambil kepercayaannya semula
  7. Cuba meminta nasihat daripada orang yang lebih tua daripada kita
  8. Bagi yang terluka:berilah peluang pada yang melakukan kesalahan
  9. Jangan menanam sikap benci dan sifat marah pada rakan
  10. Ingat satu ayat nie: " Sesiapa yang memaafkan orang lain, Insyaallah ALLAH S.W.T akan memaafkan dia di akhirat kelak"
  
 Untuk tambahan Yana sediakan gambar-2 yang mempuyai maksud yang mendalam mengenai sahabat.






Pendek kata, Jagalah sahabat selagi kita boleh melihatnya dan menyentunya. SALAM UKHWAH <3