THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 4, 2012

Sebuah Pertemuan Diakhiri Perpisahan

Pada tanggal 26/04/2012,
Perasaan hiba dalam diri semakin membuak-buak mahu keluar tetapi Yana kena tahan kerana mahu kawan sebilik yana pergi menuju cita-cita mereka tanpa ada secalit kebimbangan dalam hati mereka...


Kediaman Sri Kuantan 2,
Tingkat 1,  
Bilik 21,
Pelbagai memori telah tersimpan rapi,
4 orang sahabat,
berkongsi suka dan duka,
adakalanya pernah berselisih faham,
dan menyimpan pelbagai rahsia.




Tapi satu tahun hanya lah sekejap,
Masa amat mencemburui kita berempat,
Saat perpisahan semakin menghampiri,
Mahu sahaja masa diberhentikan moga kita akan terus bersama,
tapi apakah daya segala telah tertulis...
bahawa saat kita bersama sampai disini sahaja








Walaupu begitu persahabatan ini akan terus dijaga
dan segala memori akan dikenang sehingga akhir usia
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan yang baik kepada HambaNYA ini
semoga ada lagi pertemuan selepas perpisahan ini






Sebuah pertemuan yang indah





Dan Perpisahan yang perlu DITELAN






Dan Pesanan buat SAHABATKU
Di suatu masa kita pasti akan bertemu semula
walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas
atau kematian
Pertemuan tidak semestinya di dunia tapi pertemuan juga
mungkin ada semasa hari kita diperhintungkan dihadapanNYA






Wassalam dari sahabat mu
kenangan 2011/2012 di Kolej Matrikulasi Pahang

Apakah erti SYUKUR sebenarnya????

Salam sejahtera, semoga sihat semuanya. Yana sudah lama tidak update info dalam blog nie kerana kekangan-kekangan yang sukar untuk dielakkan. Hari Ibu bakal menjelang, Yana ingin berkongsi pasal sifat SYUKUR yang perlu ada dalam diri kita sebagai hambaNYA.
Tetapi apakah erti SYUKUR yang selayaknya kita perlu ada???








Syukur ialah rasa terima kasih, mengakui dan memuji Allah SWT atas nikmat yang diberi dan menggunakan nikmat yang diperolehi itu bagi mentaati Allah dan menjauhi perbuatan maksiat serta berbuat kebajikan sesama manusia.


Menurut Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, syukur itu tersusun daripada tiga perkara iaitu ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmunya ialah dengan menyedari bahawa nikmat yang diperolehinya itu semata-mata dari Allah yang Maha Pemberi nikmat. Keadaannya ialah menyatakan kegembiraan yang timbul dengan sebab memperolehi nikmat tersebut, manakala amalannya ialah menunaikan sesuatu yang sudah pasti menjadi tujuan serta dicintai dan diredhai oleh Allah SWT.




Sesungguhnya seseorang itu belum dinamakan bersyukur kepada Allah, melainkan apabila nikmat yang diperolehinya digunakan untuk keredhaan Allah SWT. Nikmat yang digunakan bukanlah semata-mata manfaat untuk Allah tetapi untuk manfaat hamba-hamba-Nya jua. 


Al-Junaid berkata: “Ketika saya baru berusia 7 tahun hadir dalam majlis Assariyussaqathi, tiba-tiba saya ditanya: Apakah erti syukur? Jawabku: “Syukur ialah tidak menggunakan satu nikmat yang diberi Allah untuk perbuatan maksiat. Assary berkata: “Saya khuatir kalau bahagianmu dari kurnia Allah hanya dalam lidahmu belaka. Berkata al-Junaid: “maka kerana kalimat yang dikeluarkan oleh Assary itu saya selalu menangis, khuatir kalau benar apa yang dikatakan oleh Assary itu.”




Syukur mestilah merasa di dalam hati, menyebut dengan lidah dan mengerjakan dengan anggota badan. Tidak memadai jika syukur dengan sekadar mengucap kalimat ‘Alhamdulillah’, sedangkan perbuatannya sedikit pun tidak menggambarkan rasa bersyukur.




Oleh itu, lahirkanlah syukur dengan tindakan, iaitu menggunakan nikmat pemberian Allah dengan cara yang diredhai.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu berfiman: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)




Hari Ibu yang bakal menjelang eloklah kita panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana telah dilahirkan daripada rahim ibu kita yang kita miliki sekarang. Kembangkan rasa syukur itu dengan berbakti pada Ibu sebelum ALLAH mengambil Ibu kita kembali kepadaNYA.




Wassalam, dan diucapkan terima kasih kepada Ukthi Amirah Saffiyyah kerana memberi Yana berkongsi info yang bermakna ini dalam Blog WARNA-WARNA KEHIDUPAN. >_<

Friday, January 27, 2012

DuGaAn DeMi DuGaAn

Dugaan...... Semua manusia mempunyai dugaan yang tersendiri. ALLAH memberi dugaan pada kita mengikut kekuatan diri kita, jangan selalu ingat dugaan itu menyusahkan diri kita.
 Dugaan boleh membentuk diri kita supaya lebih matang atau lebih mendalami diri kita. Kadang- kadang manusia selalu mudah terleka dengan dunia sehingga melupakan ALLAH S.W.T , melalui dugaan juga kita kembali ingat pada ALLAH yang sentiasa bersama kita ketika kita terleka atau tersedar. ALLAH maha Penyayang kerana dugaan yang diduga kepada kita tidak terlalu lama dan ia kadang kala berakhir dengan ALLAH berikan hikmah dan rezeki yang banyak.


Dugaan juga menjadikan hati kita semakin kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan yang melanda dalam kehidupan kita seharian. Apabila dugaan melanda diri kita ingat lah ALLAH sentiasa bersama kita dan kasih Rasulullah s.a.w sering melimpahkan ia kepada kita,


Semakin banyak dugaan yang datang, semakin dekat diri kita kepada ALLAH. Ingatlah setiap kali kita menitiskan air mata kerana takut kepada ALLAH dan sayangnya kita  kepadaNYA, dosa kita insyaallah akan terhapus.



Pengisian yana yang ringkas ini dapat memberi sedikit impak kepada ilmu sekalian. Insyaallah, jika ada ruang yana akan menambahkan segala pengetahuan yang ada Insyaallah....>_<

Tuesday, January 24, 2012

PeRsAhAbAtAN: Bagaimanakah cara menjaga hubungan???

Salam Sejahtera, sudah lama rasanya yana tidak berbicara dalam ruangan blog yana nie. Kali nie yana terpanggil untuk berbicara mengenai Persahabatan.
Ustaz yana pernah berkata: manusia memerlukan sahabat dalam kehidupan nya tidak kira sama ada ianya hanyalah kawan biasa atau kawan baik.
Bolehkah kita mengenal pasti kawan baik dan kawan biasa??
-Kita sebagai manusia yang lemah tidak mempunyai kuasa yang boleh menetukan kawan baik secara mendadak. Kawan baik hanya boleh dirasai oleh hati kedua-2 insan. Dan ianya tidak terjadi secara tiba-2 sebaliknya terjadi secara semula jadi seperti mana yang ditetapkan oleh ALLAH.
-Boleh kira kawan baik ada dikalangan orang yang kita benci atau kita anggap musuh. Segala ketentuan ALLAH telah tetap kan untuk kita. Kita sebagai seorang hamba tidak boleh membenci antara satu sama lain kerana segala nya yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri yang telah ALLAH S.W.T tetap kan untuk kita.



Jika kita sudah menemui sahabat yang boleh membawa kita ke jalan ALLAH S.W.T dan serasi dengan kita. Perhubungan itu yang perlu kita jaga kerana Syaitan tidak akan berdiam diri anak cucu Nabi Adam bersaudara dengan sewenang-wenangnya, pasti ada gelora yang akan meranapkan perhubungan itu. Yana berkongsi pengalaman Yana sendiri untuk menjaga PeRsAhAbAtAn:
  1. Kepercayaan yang Tinggi
  2. Memahami sahabat dalam pelbagai situasi
  3. Tidak mudah Terasa hati dengan rakan
  4. Jangan mengungkitkan isu-isu yang sensitif
  5. Sentiasa membantu rakan yang mengalami kesulitan
  6. Jangan mengungkit kebaikan yang telah diberi.
  7. Melayan rakan yang ada dengan adil dan saksama.
  8. Jangan mudah menjatuhkan hukum apabila sahabat melakukan kesalahan.
  9. Berikan kata-kata motivasi yang boleh merangsang kejayaan rakan.
  10. Bercakaplah dengan nada-2 yang berhemah
  11. Gunakan panggilan yang baik.
  12.   Hargailah masa-2 yang terindah dalam hidupnya
 Jika belakunya perselisihan faham diantara sahabat, dibawah ini Yana sertakan cara-2 mengambil hati rakan yang terluka:

  1. Biarkan kemarahannya reda dahulu
  2. Meminta maaf atas kesalahan atau menerangkan apa yang terjadi
  3. Melakukan rundingan secara face to face  untuk memberi keselesaan kepada rakan
  4.  Tidak menceritakan keburukan rakan pada rakan yang lain
  5. Sabar melayani hati rakan yang terluka
  6. Berusaha mengambil kepercayaannya semula
  7. Cuba meminta nasihat daripada orang yang lebih tua daripada kita
  8. Bagi yang terluka:berilah peluang pada yang melakukan kesalahan
  9. Jangan menanam sikap benci dan sifat marah pada rakan
  10. Ingat satu ayat nie: " Sesiapa yang memaafkan orang lain, Insyaallah ALLAH S.W.T akan memaafkan dia di akhirat kelak"
  
 Untuk tambahan Yana sediakan gambar-2 yang mempuyai maksud yang mendalam mengenai sahabat.






Pendek kata, Jagalah sahabat selagi kita boleh melihatnya dan menyentunya. SALAM UKHWAH <3

Friday, November 4, 2011

SeMeSter PeRtama DaH BerAkhir TApi.......

Pada tanggal 21/10 -3/11/2011

Diri ini cuba sebaik mungkin menjadi yang terbaik dalam menjalani peperiksaan yang genting bagi melayakkan ke semester dua, Yana tengok ramai yang mula sedar akan kepentingan PSPM1(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1) kepada mereka. Dan dalam kita tidak sedari ada juga yang masih bermalas-malasan dan ada juga yang mengalami stress yang terlampau. Kalau kita berfikir sejenak, semua yang kita rasa dan kita buat akan memberi impak pada kita suatu hari nanti......

                                                                            +
                                                                          = 
 Tapi.....
Kita sebagai manusia harus bangkit dan buat persediaan awal baru hati akan tenang. Yana nasihatkan diri sendiri jugak sebab Yana nie lalai gak.

 Kita telah diberi papan tanda jalan mana yang harus kita pilih dan mahu kita lalui.


Oleh itu, kita masih ada perluang jangan ulangi kesilapan terus maju kehadapan, sesekali toleh kebelakang untuk dijadikan tauladan dan maju dengan rasa bersyukur kerana masih ADA JALAN UNTUK BERJAYA!!!!
Yang sedia ada berjaya jangan terlalu bongkak kerana anda belum merasai kepedihan KEGAGALAN.

Salam AIDILADHA,
YANA.......

Friday, August 26, 2011

Kehidupanku Di alam Matrikulasi Pahang

Salam Ramadhan ku ucapkan buat semua. Maafkan yana sebab lama dah tak post cerita2 terbaru hampir 3 bulan juga disebabkan masalah2 tertentu......


Pertama sekali sebelum yana nak jejakkan kaki ke matrik, yana rasa cuak juga sebab ramai orang kata matrik nie susahlah dan lain2 ayat yang bikin jantung berdengup laju =(

Masa minggu orientasi lak, HOMESICK yang terlampau huhhuhuh sian lah roomate yana sebab disebabkan yana HOMESICK yana masam muka sepanjang minggu orientasi tue uhuhuhuhuhu (hodoh perangai).
Ramai kawan2 bagi sokongan moral supaya lebih kuat semasa berada di matrik nie tak lupa juga my mum yang sanggup layan karenah yana yang entah apa2 nie.

Masa first day masuk kelas, terkunci bilik dari dalam (huru-hara jadinya).My roomate,  mamai masa nak keluar bilik dier kunci bilik tue tapi masa tue dier amik kunci bilik.Masa dier nak keluar dier ternampak yana selepas tue dier campak kunci ke dlam bilik tanpa segaja dier terlupa yang dier telah tekan tombol pintu dari dalam. Yana selamat sebab yana dah siap mandi dan lengkap segalanya kecuali tudung jew x pakai lagi. Roomate yana yang terkunci pintu pom sama lengkap sebab die mandi lepas tue dier tido balik. Masalahnya 2 orang yang x selamat sebab masa kejadian 2 orang roomate nie sedang mandi sebab diorang bangun lewat sikit hari tue. Marah lah diorang huuhuhuhuhu. Kitaorang terpaksa tebalkan muka pinjam baju dan tudung dari bilik depan... selamat. Nasib baik yana ada kuiz masa ari first tue so, yana tak lah begitu tertekan. Berbanding roomate2 yana yang ada kelas. Nak ke x nak terpaksa lah yana pergi pejabat penyelia untuk amik kunci spare untuk amik kunci yang ad dalam bilik tue. Peristiwa first day kelas yang tak akan dilupakan sampai bile2

 Itulah citer yana pada kali nie,
MORAL: Jangan terlalu percayakan kata2 orang yang berunsur negatif.
                 Berhati-hatilah selalu dan jangan terlampau mengharapkan orang lain. 

Wednesday, May 4, 2011

Wanita Islam yang sejati SANGAT cantik (part 2)

Kali nie yana nak sambung menganai kecantikan wanita islam sejati.Maaflah jika ada yang menunggu lama.

CaNtIkNya WaNiTa IsLam dAri segi PeNampilan
1.Bahagian Kepala
-bertudung litup melepasi paras dada dan menutup belakang badan
-tudung yang diperbuat daripada kain yang lebih terang dan tidak jarang
-menutup rambut daripada pandangan orang yang bukan muhrim
-rambut wanita islam tidak mudah rosak kerana tidak terlalu banyak terdedah kepada sinaran matahari

Cara permakaian yang SALAH





=kesalah seperti ini semakin berleluasa di Malaysia. KENAPA PERLU BERSANGGUL TINGGI??????
-hal ini kerana wanita ini ingin menunjukkan rambut yang terlindung disebalik tudung adalah panjang. Hukum bagi permakain sanggul palsu adalah HARAM

=Gambar diatas menunjukkan kesalahan yang sama yang dilakukan iaitu TIDAK MENUTUP DADA. Biarpun ingin berfesyen tetapi adab2 dalam permakaian Islam harus dituruti dengan komitmen yang tinggi. Jangan meremehkan syarat permakaian dalam islam...

=Permakaian selendang tidak salah jika kain itu tidak jarang dan labuh menutup apa yang disyaratkan tetapi SELENDANG yang nipis hingga menampakkan rambut atau leher adalah salah dan haram selain itu ada juga remaja terutamanya memakai selendang tetapi tidak menutupi dada mereka...

Cara permakaian tudung yang BETUL
Ini adalah contoh permakaian yang diharuskan dan disarankan oleh islam.
Yana akan sambung pada masa dan hari yang lain  mengenai topik ini.Assalamualaikum w.b.t